Saturday, December 3, 2011
Friday, November 4, 2011
8 jenis lelaki yg di benci perempuan
|
| 8 jenis lelaki dibenci perempuan |
LELAKI MULUT GULA
Dalam erti kata lain lelak...i yang suka sweet perempuan ataupun tikus jadian. Hello brader, zaman sekarang dah tak main dah sweet-sweet guna mulut, lagi menambahkan benci adalah. Kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak. Jangan sampai awek tu pusing tunjuk jari hantu *fcuk* kat korang, terkincit nanti...
LELAKI YANG BAJET COOL
Lelaki jenis yang suka bajet cool akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam I’m not single dan lagenda budak setan. Setiap pergerakan yang dilakukan mesti slow dan steady. Bajet setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantislah gitu. Tapi bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member laki tengok pun dah naik meluat. Nak jaga personalitilah katakan..Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart-smart. Siap pakai spek warna hitam kuali lagi memalam. Macho ke buta???
LELAKI YANG TERLEBIH LELAKI
Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. Kalau pandang muka laki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil mulut dia terkunci ketat punya. Kena ubah prangai ni bro. Apa yang lu orang bagi, itu yang perempuan balas. Tunjuk muka masam je sapa nak dekat..Tapi kalau buat muka ketat ok lagi. Tapi kalau perempuan tau ko ni kaki pukul perempuan, ko dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan perempuan..Dengan binatang boleh lagi ni...
LELAKI YANG SUKA BOCOR RAHSIA PEREMPUAN
Lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan perempuan. Suka benar menyibuk kalau perempuan bergosip. Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah, nak merajuklah. Tapi apabila dah dapat join je, dia punya perangai kalah perangai perempuan. Dia akan menyebarkan rahsia tu sehingga ke 7 daerah berdekatan. Habis semua orang dia nak bagitau…Papa jarum alaf baru ni~~~
LELAKI YANG TAK PANDAI JAGA HATI PEREMPUAN
Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti roti tisu yang mudah koyak, cepat terluka. Jadi kalau kaum laki ni suka bonar kacau perempuan tak kena tempat, sampai waktu dia sedih pun korang boleh happy terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentelman.
LELAKI YANG PENGOTOR
Zaman sekarang ni ramai lelaki dah sedar benda ni, sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri. Tapi masih ada jugak yang abaikan benda ni. Ketiak berbau cendawan basi, stoking bau sotong kering pulau pangkor, misai, janggut,bulu hidung,bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak lalat. Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut..Haish…
LELAKI YANG TAKDE PENDIRIAN
Ini benda penting yang menentukan dia gentelman atau gentleman kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan. Asal perempuan tanya je mesti akan kata, ikut youlah..Semuanya serahkan kepada kaum perempuan. Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudahlah…Ayg nak buat apa buatlah yang, aiman tak kisah~~~Tapi kalau bab talak ni dia memang power pendirian. Taaaalak je kerjanya...Ini pun boleh lupakan impian nak kahwin jugak...
LELAKI YANG SUKA CERITA BENDA LUCAH
Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai korang. Lagipun, kalau dah mampu kahwin, kahwin je. Kalau ‘benda’ tu dah gatal tak elok ditunggu lama-lama. Mengular nanti...
Wednesday, November 2, 2011
fakta tentang lelaki..prempuan harus baca...baca larh wahai orang2 di luar sana...huhu
- Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
- Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.*√
- Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.*√
- Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
- Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.*√
- Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.*√
- Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
- Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.*√
- Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
- Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
- Lelaki juga akan menangis.
- Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.*√
- Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.*√
- Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
- Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.√
- Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’√
- Lelaki amat sayang ibu mereka.√√√
- Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.√
- Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan perempuan seorang pendengar yang setia.√
- Adalah lebih baik perempuan menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.√
- Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.√
- Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.√
- Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki atau adik angkat lelaki. √√√ :D
- Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.√
- Lelaki lebih banyak berfikir.√
- Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
- Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.√? :D
- Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.√
- Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.√
- Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.√
- Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.√
- Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
- Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.√
- Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.√
- Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.√
- Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.√
- Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.√
- Lelaki tidak suka perempuan dipanggil sayang atau gelaran manja oleh lelaki lain √
Saturday, October 29, 2011
pasangan yang terbaik ^_^
JADI PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT
Terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.
BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN
Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan perasaan pasangan anda. Biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah satu kurang tepat. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda. Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.
LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA
Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa-masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula dari hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda. Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jika si dia gemar membeli belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.
FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR
Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.
TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA
Belikan minyak wangi, seutas jam tangan, sejambak bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya. Anda tidak perlu menunggu hari-hari tertentu seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan utuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.
HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN
Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya. Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka mahupun sindirian.
LUPAKAN PERISTIWA LALU
Jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia juga boleh menyebabkan kekeliruan berlaku. Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba utuk menyambung kembali hubungan yang telah terputus.
BUANG SIKAP CEMBURU
Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga. Kalau anda sering menyelongkar barang-barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu membabi buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.
TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN
Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.
JUJUR
Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar leibh baik daripada membohongi perassan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.
Thursday, October 20, 2011
♥♥♥bila perempuan menangis♥♥♥
Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.
Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...
*Lepas Baca JgN Lupa share Kat kawan² TQ~
Sunday, October 9, 2011
seribu satu kata hati..^_^
lame da ta jeguk blog nie..bukan ape tade mase nk bukak...kesian nye larh blog nie..huhu...
semalam g slim river sambut hari kemerdekaan..teman ibu jep...ibu da ajak kan..kawan aku memang ngn ibu jep...pergi mana2 pown dengan ibu jep..ibu larh peneman aku pergi mane2...huhu..anak sulung larh katekan..
aku ingat pergi semalam dapat jumpe kawan kelas pompuan aku..rupa nye tak dapat..jauh seyh tempat die belaja ngn tempat aku g tu..aku teringin nk jempe seseorang tu..tapi...die ade game pulak kat poli..hmm..tape larh..last2 aku jumpe adik angkat aku..huhu..bez gak sembang ngn die..ibu aku pown wt adik angkat aku tu cm ank sendiri jep..ibu aku mmg sporting larh...huhu...
tapi tu orang lain yg ne dtg skali ngn kiteorang semalam sibuk tanye sape angah tu..ibu jawab ape nk taw??anak sepupu hehehe...kebetulan adik angkat aku..hahaha..lawak2...tape yg penting sedara mara..mulot orang kelilingkan semua nk bertanya..aku nie bukan nk kate ape larh kan..padahal nye anak mereka2 tu kuar pergi sane sini ade yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri nie aku tak pernah pulak nak heboh kat orang ramai...habis2 pown aku bercerita dengan ibu jep..ibu larh tempat aku mengadu semua mende nye pown...hal buruk baik semua ibu tahu..ibu tempat aku luahkan perasaan..huhu...tapi ade jugak masalah yg aku tak cite kat ibu..soal CINTA belom mase nye lagi..
sesiapa jep yang berkawan dengan aku semua aku cerita dengan ibu..supaya ibu tahu aku kawan dengan siapa..baik ke tak orang tu..sebab kalau jadi pape senang ibu tanye..tapi tu aku ni lebih banyak kawan laki dari perempuan..tapi aku kalau nak berkawa ke ape ke aku tengok orang tu bole di percayai atau tak..tak kesah larh laki permpuan...
nomey an pocoyo nie h0kh0h0k :P
aku cinta agama ku
::::10 nasihat untuk orang yang bercinta::::
Dengarlah pesananan ini ~>
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH ~ T_T
Friday, October 7, 2011
jika jadi pada saya...saya tetap sayang awak..
Gf : Kita main satu game nak tak?
Bf : Game apa?
Gf : Mcam ni, esok awak tak payah contact saya. Mksudnya tak payah text
call or apa2 yg berkaitan lah. Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay?
Kita tgok sape menang.
Bf : Okay sayang!
Esoknya, si Bf terpkasalah tahan rindu dkt Gf. Mengenangkan ini satu permintaan, si Bf cuba kuatkan hati.
Keesokkan harinya, si Bf call si Gf. Tapi tak dijwab. So si Bf pegi
rumah Gf dia. Di luar rumah, ramai org. Dia mula rasa pelik dan terus
masuk ke rumah. Sekujur tubuh terbaring kaku di tgh rumah. Dan tubuh itu
adalah jasad si Gf yg dah meninggal. Mak si Gf pun bagi surat dkat BF.
Surat yg bertulis:
Sayang, smlam awak dpt hidup sehari tanpa saya. Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpt hidup bahagia tanpa saya :')
Wednesday, September 21, 2011
pernah korang rasa macam nie????
cerita ni aku da taip nak kata lama tu tak larh jugak..tapi baru skrg aku letak..sebab sehari aku tak bangun demam yang boleh dikatakn teruk larh..lepas semua yg kat bawah ni jadi..kepala aku sakit tuhan je yang tahu..mungkin dah tahan sangat bantal peluk aku larh jadi mangsa untuk aku luahkan isi hati..tu je yang aku mampu..walaupu seluruh badan aku terasa sakit sangat2..aku tahu ni semua ujian Allah..hmm..tapi ape pun aku tetap sayangkan dia..
- hari ni hari yang sangat menyedihkan bagi aku..tak pernah aku rasa sesedih macam nie..seminggu aku menahan kesedihan dalam hati aku nie..dalam seminggu ni memang banyak larh perkara yang tak sepatutnya berlaku dah pun terjadi...ape nak dikata hanya tuhan je yang tahu betapa perit nya hati aku nie menanggung semua kesedihan....
- tadi orang yang aku rindu telefon aku..kesian kat die sebab balek dalam hujan..aku tak tahu kenapa gerak hati nak sangat tahu kenapa die balek minggu nie..ya ALLAH!!!!aku lupa sangat besday die 13 september 1991!!!aku rasa sedih sangat sebab tak dapat bagi ucapan pada die..aku ade tepon dia semalam tapi tak dapat..hmm..mgkn nga guna call fre kan..sape larh yg die tepon tu..aku rase nak nangis jep puas puas..mmg aku nangis pun..sampai sakit kepala aku..aku betul2 rasa bersalah sebab tak dapat wish kat die..tapi salah ke die tepon aku pada malam besday die tu??sekurang2 nye aku boleh wish dan mengingat kan aku tetang hari lahirnya...aku betul rasa sedih teramat sangat..
- nak tahu kenapa aku boleh lupa tentang hari lahir dia..masa aku tanya besday dia bila,dia bagi tahu aku seolah olah bukan tarikh lahir yang betul..aku mmg ragu2..dia selalu menipu tentang hari lahir nya..aku selalu ingat hari lahir nya pada bulan 11..katanya dia suka nombor tu..tapi aku ada ternampak sesuatu..nombor yang die minat tu cm hari lahir bekas kekasih lame die..hmm..aku tahu die tak pernah nak jujur ngn aku..aku tak kesah kalu die cerita tentang kekasih lame die..sebab aku suka denga..sebab lain aku lupa besday die..die jarang mesej aku da..kadang2 jep..sampai kan aku tak ingat nak tengok bila hari lahir dia..seminggu aku hilang kecerian..sebab terlalu banyak berfikir..aku buat2 ceria je..ape yang aku buat semua tak kena..mungkin disebabkan aku berpuasa kesabaran mmg tinggi mase tu..
- buat pertama kalinya aku rasa diri aku ada masalah dalam keluarga.
- Sambungan selepas netbook aku terpadam tiba2 sebab charge nye da terbakar… =.=" dugaan2…
Nasib baik larh charge netbook adik aku nie ley
masok..kalau tak hampeh larh jawab nye..
- Malam tadi aku terasa kecewa yang teramat sangat nya..sampai tak terkata kecewa nak..hmm..seminggu dia dapat call free..tapi baru petang semalam dia tepon aku..tu pun kejap je..aku tak sanggup da nak denga suara dia..aku rasa nak nangis time tu tapi aku tahan jep..aku tahu die memang bz tapi tak kan larh masa untuk aku sekejap pun tak ada..dia sanggup tak balek hari khamis minggu lepas sebab kawan ajak main game..game lagi pentingkan..apa larh salahnya tepon aku kejap..mungkin call free dia tak ada untuk aku..tapi untuk orang lain..aku teringin nak tahu sape orang pertama yang ucap hari lahir dia..orang kedua dan ketiga..sape larh agaknye..hmm..bukan niat aku nak balas dendam..tapi..mase besday aku aku rasa tak dengar pun perkataan ucapan pada aku..seminggu aku dapat call free aku habiskan mase untuk tepon dia je..setiap hari aku tepon dia…walaupun aku mase tu ada keje lain kene buat..aku habis kan masa aku bersembang dengan dia daripada aku sembang dengan kawan2 aku..tapi ape balasan yang aku dapat bila aku berkorban untuk orang yang aku da mula sayang..kekecewaan dalam hati aku nie dah makin tebal..hati aku banyak calar..aku tahu silap aku lupa hari lahir dia..tapi aku teringin nak tahu dia anggap aku nie sape sebenarnye..tempat die lepaskan boring je ke..kenapa masa untuk orang lain ada tapi untuk aku tak ada..hmm..sedey nye larh..
- Aku selalu baca kisah2 yang berkaitan..jika kita ada masalah kita harus berkongsi..tapi dia ade masalah tak pernah pun kongsi denga aku..die lebey rela kongsi dengan kawan2 dia..yela aku bukan bole buat ape pun..sebab tu larh bila aku ada masalah aku hanya mampu diam je..tulis dalam dery..tu pun kalu mmpu nak taip..bila aku sayang kan seseorang..aku sanggup amek tahu segala tentang dia..ape saja tentang dia..tapi yang paling aku sedey..aku selalu perhatikan dia..sampaikan aku ternampak tarikh lahir bekas kekasih die tu aku ingat tarikh lahir dia..mane tak nye aku lupa tarikh sebenar dia lahir..hmm..
- Aku rasa dalam hidup aku dia larh orang yang pertama yang buat aku rasa risau sangat2 tentang diri dia..tapi dia tak pernah tahu pun yang aku nie risau pasal dia..yela..aku nie ne pernah sembang depan mata dengan dia..aku dengan dia hanya pernah terserempak sambil lalu je..tu pun aku je yang selalu tengok dia..dia tak nampak aku pun..aku tak tahu larh kasih aku kat dia nie sampai mane dia bole bawa..adakah sampai aku menghembuskan nafas terakhir..hmm..teruk kan aku nie sayangkan orang sampai cam tu sekali..sanggup nak tahu semua tentang diri dia..berkorban dengan membiarkan dia macam tu..hanya tuhan je yang tahu macam mana hati aku bila aku dah sayang kat orang..hmm..
Monday, September 12, 2011
sangat kesengalan ~_~
ATTENTION
1) Go to Google search
2) Type : mov0001.swf
3) Click on the first link [atas sekali]
korang tngk lah ke ajaiban yg xpernah berlaku....
kalau korang rajin cube larh tengok mende alah nie...
kalau aku dapaat orang yang surh tengok mende nie aku nak ikat die kat pokok
yang banyak kerengga hahahahahha =.=" sengal ubi kayu~~
1) Go to Google search
2) Type : mov0001.swf
3) Click on the first link [atas sekali]
korang tngk lah ke ajaiban yg xpernah berlaku....
kalau korang rajin cube larh tengok mende alah nie...
kalau aku dapaat orang yang surh tengok mende nie aku nak ikat die kat pokok
yang banyak kerengga hahahahahha =.=" sengal ubi kayu~~
Sunday, September 11, 2011
perlukan pertolongan!!sape sudi nk tolong nie??? T_T
buntu2..adeh...cm ne nie..semalam mbr aku g taw sape nk masok intergrasi kne g poli lme balek..aku ingt an ea tnye cm ne nk ec borang nk aply baru ke..pastu mlm tadi mbr kls poli pulak g taw sape2 yg nk sambung intergrasi kene g poli at bghn HEP 12/9..esok larh tu..lect bg email jep..tapi aku tak dapat pun...alarh cm ne nie..penelong kelas aku pos ade pos at bhgn group..
masalah nye skrg nie mbr aku ckp tak wajib..tapi t dieorg mst g an????abeh aku ni umh da larh jauh dari poli,nk kene naik bas pulak tu..kalu ade moto sendiri tape gak ley aku g poli tu merempit jep ikowt jalan shortcut..mcm mne nie mcm mne ni mcm nie????pening2..sape larh ley tlg aku nie..aku nk mintak tolong sape nie?kete ayah da lme osak..so ta ley nk gerak mne da..hmm..
sejak dok umh nie byk nye mslh yg aku sendiri nmpk ngn mate kepala aku..mslh tu penah berlaku mase aku blaja lu..tapi tade yg ceritakan kat aku..urmm..adeh cm ne nie...agak2 kalu nk pjam moto abg aku ea bg x???tapi cm tade harapan jep..moto abg aku jep yg ade tmpl P tu..sbb die bawu jep amek lesen tahun nie..aku lesen P lom abeh g..tapi ibu bg ke aku g naik moto..hmm ni larh masalahnye..ade lesen tapi aku tak dibenarkan langsung bwk kebderaan bile betul2 di perlukan..aku taw larh aku anak sulung..tapi jgn larh wt aku cm nie..hmm..
ajal maut Allah yg tentukan..kalu nk mati sambil on9 nie pun muleh jep..ibu selalu risau sgt bile aku bawak moto takot lori besar larh..kenderaan mne yg tade at atas jalan tu..aduhss..kadang tu aku ase terkongkong sgt..tapi bile berjauhan ngn kuarga aku pulak yg rindukan celoteh semua nie..kadang tu aku selalu kuar sorg2 mase aku belaja tu..da balek umh o asrama bawu aku g taw ibu..kalu x tade nye aku dpat kuar..
sekarang nie ape aku perlu buat nie???kawan kelas aku nie g ke x??aku betul nk tahu..aku da tnye sorg kate nye tak g??tapi tgk2 nnt ea g..tnye penolong kelas pun tak jawab g..kalu bole jgn larh g taw at fb kew..aku nie da larh susah nk on9..mmg susah sgt2..hm...
ya Allah tunjukkan larh jalan penyelesaian buat ku..amin.. T_T
ni larh member kelas aku mase at poli..
byk nie je larh gurlz nyer...
aku yg ade kaler tu larh..huhu
Saturday, September 10, 2011
gambar tak seberapa!!meh tgk??? :D
assalamualaikum.. ^_^
cewah gedik jep tetibe hari nk bg salam..huhu
ha ni gmbr baru sy edit..edit pun dak2 bawu belaja..cm nie larh upenye...
mencuba jinak2..time bosan2 nie an..tak tau nk wt pe da..nie larh keje yg agak best nye..
hihihi :D
gamba nie nga bosan..pas kuar mlm tadi balek tu gatal larh tngn g amek kemera pastu amek gmbr sendiri..
poyo jep sy nie...hihihi :P
konon larh nk jadi fotografer huhu...
gambar raye nie..mase ni bawu pas kuar dari umh terbuka hihi..
Friday, September 9, 2011
13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Eisya Insyirah.
Pendapat Mr Teddy:
1 - Sudah tentu. Sudah mesti kita akan cuba mengawal kemarahan jika berlaku sebarang masalah dalam perhubungan.
2 - Hehehe... Segan la nak cakap. Tapi memang betul pun... Selalu jugak rindu pada Mrs Teddy. 
3 - Kadang-kadang kot saya jalan perlahan dengan Mrs Teddy. Selalunya saya jalan laju sebab masa itu penting. So mesti ikut timing yang dah dirancangkan.
4 - Ye ke tersipu-sipu malu? Saya biasa je...
5 - Kadang-kadang ada juga berdegup pantas. Tetapi setakat ni masih normal lagi.
6 - Itu sudah pasti. Macam orang gila kan? Hehehe... 
7 - Betul juga. Tetapi ada kalanya saya pandang gadis lain. Gatai no...
8 - Benar... Tetapi lagu balada tu macam mana ya?
9 - Aah. Selalu teringat pada Mrs Teddy saya.
10 - Erks! Yang ni tak dapat dipastikan. Macam mana terhidu baunya ya? 
11 - Hehehe... Kadang-kala ketika keseorangan di dalam kereta teringat pada dia dan tersenyum sorang-sorang bila imbas memori bersama dengan Mrs Teddy.
12 - Itu pasal orang cakap, cinta itu buta. Sanggup buat apa sahaja demi orang yang kita sayang.
Subscribe to:
Comments (Atom)














