Saturday, October 29, 2011

pasangan yang terbaik ^_^



JADI PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT
Terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.
BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN
Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan perasaan pasangan anda. Biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah satu kurang tepat. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda. Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.
LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA
Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa-masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula dari hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda. Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jika si dia gemar membeli belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.
FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR
Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.
TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA
Belikan minyak wangi, seutas jam tangan, sejambak bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya. Anda tidak perlu menunggu hari-hari tertentu seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan utuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.
HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN
Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya. Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka mahupun sindirian.
LUPAKAN PERISTIWA LALU
Jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia juga boleh menyebabkan kekeliruan berlaku. Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba utuk menyambung kembali hubungan yang telah terputus.
BUANG SIKAP CEMBURU
Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga. Kalau anda sering menyelongkar barang-barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu membabi buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.
TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN
Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.
JUJUR
Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar leibh baik daripada membohongi perassan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

Thursday, October 20, 2011

♥♥♥bila perempuan menangis♥♥♥




♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥






Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

*Lepas Baca JgN Lupa share Kat kawan² TQ~

Sunday, October 9, 2011

seribu satu kata hati..^_^

lame da ta jeguk blog nie..bukan ape tade mase nk bukak...kesian nye larh blog nie..huhu...

semalam g slim river sambut hari kemerdekaan..teman ibu jep...ibu da ajak kan..kawan aku memang ngn ibu jep...pergi mana2 pown dengan ibu jep..ibu larh peneman aku pergi mane2...huhu..anak sulung larh katekan..
aku ingat pergi semalam dapat jumpe kawan kelas pompuan aku..rupa nye tak dapat..jauh seyh tempat die belaja ngn tempat aku g tu..aku teringin nk jempe seseorang tu..tapi...die ade game pulak kat poli..hmm..tape larh..last2 aku jumpe adik angkat aku..huhu..bez gak sembang ngn die..ibu aku pown wt adik angkat aku tu cm ank sendiri jep..ibu aku mmg sporting larh...huhu...

tapi tu orang lain yg ne dtg skali ngn kiteorang semalam sibuk tanye sape angah tu..ibu jawab ape nk taw??anak sepupu hehehe...kebetulan adik angkat aku..hahaha..lawak2...tape yg penting sedara mara..mulot orang kelilingkan semua nk bertanya..aku nie bukan nk kate ape larh kan..padahal nye anak mereka2 tu kuar pergi sane sini ade yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri nie aku tak pernah pulak nak heboh kat orang ramai...habis2 pown aku bercerita dengan ibu jep..ibu larh tempat aku mengadu semua mende nye pown...hal buruk baik semua ibu tahu..ibu tempat aku luahkan perasaan..huhu...tapi ade jugak masalah yg aku tak cite kat ibu..soal CINTA belom mase nye lagi..

sesiapa jep yang berkawan dengan aku semua aku cerita dengan ibu..supaya ibu tahu aku kawan dengan siapa..baik ke tak orang tu..sebab kalau jadi pape senang ibu tanye..tapi tu aku ni lebih banyak kawan laki dari perempuan..tapi aku kalau nak berkawa ke ape ke aku tengok orang tu bole di percayai atau tak..tak kesah larh laki permpuan...

nomey an pocoyo nie h0kh0h0k :P

aku cinta agama ku


::::10 nasihat untuk orang yang bercinta::::



Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH ~ T_T



Friday, October 7, 2011

jika jadi pada saya...saya tetap sayang awak..


Gf : Kita main satu game nak tak?
Bf : Game apa?
Gf : Mcam ni, esok awak tak payah contact saya. Mksudnya tak payah text call or apa2 yg berkaitan lah. Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay? Kita tgok sape menang.
Bf : Okay sayang!

Esoknya, si Bf terpkasalah tahan rindu dkt Gf. Mengenangkan ini satu permintaan, si Bf cuba kuatkan hati.

Keesokkan harinya, si Bf call si Gf. Tapi tak dijwab. So si Bf pegi rumah Gf dia. Di luar rumah, ramai org. Dia mula rasa pelik dan terus masuk ke rumah. Sekujur tubuh terbaring kaku di tgh rumah. Dan tubuh itu adalah jasad si Gf yg dah meninggal. Mak si Gf pun bagi surat dkat BF.

Surat yg bertulis:

Sayang, smlam awak dpt hidup sehari tanpa saya. Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpt hidup bahagia tanpa saya :')

,,


get this widget here

singgah larh cnie jap kalau tak keberatan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...