Saturday, March 17, 2012

sedeyh........knp kene sedeyh!!!


Picture by Ahmad Faizal.

Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.
Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.
Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.
Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.
Kenapa saya cakap begini?
Kerana wujud antara kita ini, yang suka bersedih terlalu lama, hingga hilang kekuatan jiwanya. Tidak terkecuali juga saya.

Orang mukmin takkan bersedih lama.
Percayakah anda bahawa orang mukmin tidak akan bersedih lama?
Saya meyakini hal itu. Memanjang-manjangkan kesedihan, bukanlah sebahagian dari ciri seorang mukmin. Hatta Rasulullah SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian anak-anaknya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta. Bahkan kesedihan itu tidak termuncul saat baginda menderita sakit diseksa, lapar, perang dan sebagainya.
Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan.
Perasankah kita, apabila kita memanjang-manjangkan kesedihan, apakah sebenarnya yang telah ‘kita hilangkan’ dalam kehidupan kita?
Allah SWT.
Ya. Seakan-akan Allah itu tidak wujud, dan membiarkan kita.
Seakan-akan Allah itulah Yang Zalim, dan Dialah yang sengaja membuatkan kita bersedih.
Benarkah?

Apakah bicara Allah berkenaan kesedihan?
Saya suka dengan ayat-ayat ini:
“Kami berfirman: Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 38.
                ” Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. “ Surah Al-Baqarah ayat 62.
                “(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 112.
                “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 262.
                “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 277.
                “Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” Surah Ali Imran ayat 120.
                “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali Imran ayat 139.
                “Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: Kami telah beriman, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah. Barang siapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 41.
“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.” Surah Al-Maidah ayat 68.
“Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-An’am ayat 48.
                “(Orang-orang di atas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka): Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahwa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah? (Kepada orang mukmin itu dikatakan): Masuklah ke dalam surga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati.” Surah Al-A’raf ayat 49.
Saya tidak tahu apa perasaan kalian apabila membaca semua terjemahan ini.
Tetapi saya, rasa lega.
Rasa tenang.
Rasa damai.
Bila bersama dengan Allah, ikut apa yang Rasulullah ajar, hidup bersungguh-sungguh mengamalkan Islam, ajak manusia lain buat kebaikan, itu semua hakikatnya memadamkan kekhuatiran, kesunyian, kesedihan, ketakutan dan sebagainya.
Betapa selepas membaca ayat-ayat tadi, jelas kepada kita bahawa, kita tidak sepatutnya menjadi manusia yang memanjang-manjangkan kesedihan mereka, terus jatuh dan jatuh ke dalam lohong hitam perasaan mereka.
Kita ada Allah.
Dan kehidupan kita bersamaNya memadamkan segala kenegatifan.

Penutup: Kesedihan adalah keperluan. Tetapi dosnya tidak boleh berlebihan.
Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.
Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.
Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?
Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.
Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian rakan karib, murabbi tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.
Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.
Kerana dia ada Allah di sisinya.
Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.

Friday, March 16, 2012

Ketahui Perwatakkan Seorang Wanita Melalui Cara Berjalan!








1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tetapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Tasha Manshahar - Be Mine



hehehehe...sape ade pengalam cm nie.... ^_^

jom bace nie Cerita Huruf 'P' hehehehe

Cerita Huruf 'P'...

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat

  


JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"



‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..;)

Wednesday, March 14, 2012

bila boleh saya dapat kan seorang sahabat.......

asalamualaikum kepada blogger ku...windu nyer at blog nie...huhu...hmmm...
skrg ni aku kat rumah sewa tempat aku belajar..aku duduk orang2 kot skrg...mbr2 aku yg len sume g jalan..g icty...klz aku habis lambat hari  ni...lagi pon diorg tak pelawa pon aku ikot...buat pe larh nak terhegeh hegeh pergi kat ikot kan...tak ape larh...tapi kalau akujadi mereka2 aku kesian kat mbr aku yg kene tinggal..da tgl sorng2 plak tu...ish3...sian kan..tapi mereka2 tak ade perasaan cam tu kalu da dapat g jalan2...huhu...bilarh selagi aku mampu sabar...bersabar larh wahai diriku ini...

sem 6 nanti aku nak duduk ngan dak2 klz...tapi tataw larh cm ne...bukan ape..kalu aku duduk ngan dieorng pon aku tetap pergi naik bas...same jep..dari dulu sampai sekarang...aku tak suka nak pijam barang org kalu tuan nye tak bagi...tapelarh...bia larh...ssabarkan...mungkin aku susah sekarang...mgkn kalau panjg umur akuakan senag suatu hari nanti...aku akan tolong pulak org yang susah..sbb aku tak nak orang len susah cam aku pernah rase...hmmm..

ibu selalu ckp kawan mase gembira ramai...tapi kawan mase susah sorang pun tade...




1kenapa nk kawen cepat!!!!jom bace

suke nyelarh tgk pasangannie...sepadan sama cantik sama hensem ha...huhuhu...kalumasing2 dapat pasangan cm nie dan hidup bahagia alangkah indah nye hidup berumah tangga di suatu hari nanti... ^_^





Seorang bapa bertanya
kepada bakal
menantunya:
"Mengapa engkau nak
cepat kahwin dengan
anak pakcik? Bagi 7
alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan,
harus dicepatkan kahwin
(hadith)
2. nak jaga mata, hati
dan kemaluan
3. nak ikut sunnah,
kahwin, ajal bila2 masa
sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat
bahagia dan doakan
kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat
dengan pahala yang
berganda bila sudah
punya isteri, sedangkan
memandangnya sahaja
sudah perolehi pahala
6. dapat merasa
tanggungjawab sebagai
suami dan menjadi
seorang yg lebih berfikir
lebih matang serta
bijaksana bagaimana nak
menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu
dan ayahnya dan jaganya
serta didiknya dengan
kehidupan agama
8. saya sayang dan
cintakan anak pakcik ♥

wallahua'lam ^_^'

Saturday, March 10, 2012

biar sampai syurga




Hari ni kita cakap buat pertama kali guna fon selepas lama sangat kita tak berhubung guna fon kan..

Saya risaukan awak, sejak awak bagitahu penyakit awak menyerang kembali,
Awak tetap degil tak nak duduk hospital, 
Awak tau saya risaukan awak,
Masa awak cakap awak nak batuk kejap, saya dengar batuk awak,
awak kata awak batuk, sampai keluar air mata,
ya allah teruknya sakit awak
awak
, saya takut kehilangan awak :’(
kalau boleh biarlah sy pergi dulu, sy tak sanggup nak derita lepas kehilangan awak,

awak..
hari ni juga sy buat perkara yang tak pernah sy buat selama sy couple,
sy mintak awak letakkan handphone awak di setiap anggota tubuh badan awak, HATI, PERUT, KAKI, MULUT/BIBIR, dan MATA
saya bercakap dengan kelima-lima anggota tubuh badan awak,

pertama , HATI
saya bisikkan, “wahai hati, saya sayangkan awak, awak tolong gerakkan hati tuan badan ini suapaya berhenti merokok, nanti awak akan sakit”.

Kedua PERUT
saya bisikkan, “ wahai perut, nanti bila ubat yang tuan badan awak makan nanti, awak hadam dengan baik ye, biar ubat itu berfungsi, mengalir ke seluruh badan , dan semoga tuan bada ini sembuh sediakala”.
Ketiga KAKI
saya bisikkan, “ wahai kaki, sekiranya tuan badan ini ingin ke suatu tempat yang sia-sia, keraskan kakimu, agar tuan badan ini tidak mampu kemana-mana, atau buat-buat lenguh, dengan cara ini tuan badan ini akan berehat di rumah saja”.

Keempat MULUT/BIBIR
saya bisikkan, “wahai bibir, jika tuan badan ini ingin menyuap rokok di mulutmu, janganlah engkau buka, sesungguhnya semua kesakitannya berpunca dari rokok ini.. janganlah kau membebankan lagi kesakitan yang di tanggung tuan badan ini lagi”.
Kelima MATA
saya bisikkan, “ wahai mata, sekiranya tuan badanmu ini menyeksa matamu dengan tdo lewat kerana melepak, kau lenguhkan matanya, dan kelopak matamu haru juga membantumu, kamu berdua harus berkerjasama”.

Apabila habis semua amanah yang yang saya berikan kepada anggota tubuh badan awak, awak gelak, dan awak katakana “I SAYANGKAN YOU”
Awak, jangan risau, selagi saya masih bernafas, saya akan tetap doakan yang terbaik untuk awak, kesihatan awak paling penting..

Saya bahagia dengan awak,
saya harap kebahagian ini kekal selamanya.. amin ya robbal alamin


Siapalah Saya Di Hati Awak

saya sayang awak tapi.......

Friday, March 2, 2012

isteri cerdik yang solehah penyejuk mata..penawar hati..penyejuk di mata~~~~



ISTERI : abg ape kte mlm
ni kte xpyh tdo sme2..
abg tdo lua, ayang tdo
dlm blik..

SUAMI : knpe syg..

ISTERI : ha.. ayang ade 1
prmainan, ayang catatkn
smue kburukan abg sbyk
mgkin dn abg pun
catatkn tntg kburukan
ayang sbyk mgkin!esok pg
kte bace blik tntg ape yg
kte dah tulis tu..

SUAMI : ok..

> > mlm tu si
isteri senaraikan tntg
kburukan suami die smpai
xtdo.. suami die di ruang
tamu pun x
tdo...hgga ...ke pg wktu
sarapan,,

ISTERI : ha, mcm mne, spe
nk mulakn dlu???

SUAMI : ayang dlu
mulakn..

ISTERI : ok abg dgr tau,
(sambil mngeluarkn 2,3
helai kertas yg dicatat
nya mlm td)..

ISTERI : abg x romentik...
abg x pndai pujuk.. abg
bla bla bla.. bla bla bla..
ok dah, skang abg plak..!

SUAMI : (die mngeluarkn
3,4 helai kertas yg
kosong...) abg mntak
maaf... takde ape yg abg
dpt senaraikn tntg
kburukan ayg.. sbb abg
trima ayg seadanya.. dan
sgala kburukan ayg abg
sentiasa maafkn.. dn abg
mntak maaf klau abg
xsempurna di mata
ayang...

> > si isteri trgamam
dn air mata jatuh
brlinangan,,, terus die
peluk dan mmohon
ampun pd suami nya.. die
mnyesal,, krna tlh
mlukakan hati suami
nye.. die juga sedar dan
brsyukur.. bhawa suami
nya adalah insan yg
terbaik yg tlh dianugerah
kn untuk-Nya..

^_^

,,


get this widget here

singgah larh cnie jap kalau tak keberatan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...