Friday,
June 22, 2012
10:01 PM
Malam ni aku rasa
nak menaip larh sambil denga lagu korea..
Lagu nya sedih la
jugak..huhu..kalau sedih jep mesti menaipkan apa lah aku ni..
Haish pelik pun ada
dengan diri sendiri ni..entah bila nak elok nya pun tak tahu lah..
Kadang2 aku tak
paham dengan diri aku ni…dalam hati aku ni nak kan siapa lah sebenarnya..
Kalau aku tunggu AH
dia dah tak ada lagi..tak ungkin dia hidup kembali kan…
Tersangat lah tak
mungkin nya..
Tapi hati aku ni
selalu rindu kat dia…rindu yang teramat sangat…mungkin dia orang pertama yang
dah curi semua hati aku ni..tapi..dia pulak yang tinggalkan aku..tinggal buat
selamanya pulak tu..
Mana lah aku nak
jumpa lagi orang macam tu..memang payah dah..
Masa aku lepas balek
keja bila entah aku lupa dah…
Tiba2 ibu teringat
tentang dia..ibu cakap ibu teringat kat kawan aku tu..ibu lupa nama dia apa..
Tapi bila ibu sebut
ingat dia cakap "halalkan makan minum saya ye makcik"
Aku terus diam masa
tu aku Cuma ye kan aje apa ibu cakap..
Sedih lah bila ingat
dia tu..hmm..dah2!!jangan nangis lah kesian kat AH tu dia nak hidup aman kat
sana..
Aku tahu ibu memang
suka aku kawan dengan dia..tapi nak buat macam mana..Allah lebih sayangkan
dia..
Aku tahu lah kenapa
aku susah sangat nak terima yang dia dah tak ada lagi..apa kena denga aku pun
tak tahu lah..teruk betul aku ni..marah diri sendiri ulak yea..huhu..erm..besar
dugaan yang Allah bagi aku..kadang2 aku rasa tabah sangat hadapi pelbagai ujian..kadang2
rasa marah tertekan rungsing macam2 lagi la..bila aku tabah tu aku selalu
fikir..Allah sayangkan aku sebab tu Allah bagi aku ujian ni semua..oke aku
terima..ujian tu Allah bagi..
Tapikan banyak
sangat..besar nya kuasa Allah menguji keimanan seorang hamba nya kan..
Aku cuba untuk tidak
menangis lagi untuk dia..tapi jangan cakap cuba!!buat terus oke!
Hmm..aku dah buat
dah..tak mahu nya..macam ni lah jugak aku..sebelum tidur tu kadang2 mesti ingat
dia..bila ingat semua kenangan dengan dia..mula aku rasa nak nangis je..
Terlalu rindu kan
dia..kandang tu sampai satu tahap aku berdoa pada Allah supaya Allah bagi aku
mimpi dia sebab aku nak sangat tengok muka dia..walaupun dalam mimpi..janji aku
dapat tengok muka dia..
Tapi..sampai
sekarang aku tak pernah mimpi dia lagi.. :(
Sambil aku menaip ni
aku terbayang aku terbayang muka dia..manis nya senyuman dia..mata dia yang
sepet macam ala2 korea ciket..macam anak cina pun ada gak..hehe…rindu
btul!haish! =_=
Masa mula aku jumpa
dia buat pertama kalinya dia kecik jep lagi..masa tu darjah 6..hehe..comel nye
dia..walaupun masa tu kiteorang dah berhubung antara satu sama lain tapi tak
pernah berjumpa..yelah jauh kan..dia kat selangor aku kat perak..
Tapi aku selalu
suruh dia yang telefon aku..hehe..dia cakap aku buli dia..hukhuk..bukan buli la
tapi masa tu aku tak ada fon sendiri lagi..tu pun nasib la ayah bagi
guna..hehe..
Tu lah pertama kali
aku jumpa dia sebab aku pergi rumah sedara aku..sedara aku tu sepupu dia..tu
dia memang macam dah dekat jep kan…huhu..
Bila dah masuk
sekolah menengah masing2 da besar..dia pelajar pandai kot..tak macam aku ni tak
sepandai dia…aku pelajar biasa jep..
Lama kiteorang tak
jumpa dah..sampai tingkatan 3..masing2 nak PMR…kiteorang masih lagi berhubung
antara satu sama lain..dah habis PMR baru kiteorang jumpa lagi..lama baru dapat
jumpa dia kot..
Hmm..sepanjang
perkenalan aku dengan dia..ada saja orang dengki..tak puas hati..macam2
lagi..memang banyak dugaan nya..aku tataw kenapa orang sanggup buat macam
tu..sampai sekarang aku tak jumpa lagi orang yang kacau antara aku dengan dia..
Teringin jugak aku
nk tengok rupa mana orang nya…tak kan kawan aku nak buat macam tu..sepupu dia
tu la..hmm..entah lah aku malas nak tuduh2 ke apa ke..biarlah dia dengan
tuhan..
#Nak cerita lah
ciket sal perempuan yang kacau dia tu..
Permpuan tu nama dia
mimi..tu nama yang kawan aku cakap la..dia sekolah teluk intan..kebetulan aku
ada sepupu sekolah situ..aku tanya dia kenal tak orang nama mimi dia kata tak
ada pun..hmm..oke tape..mimi tu selalu kacau dia..hari2 mesej dia..telefon dia..pernah
datang jumpa kawan aku tu kat rumah..tapi tak nak lalu rumah aku sebab takut
aku nampak..nak taw macam mana aku tahu mimi tu selalu kacau dia dulu..dia lah
AH cerita kat aku..semua tentan mesej2 mimi tu dia cerita kan aku..okey aku
dengar jep lah..masa tu kiteorag baru habis PMR bulan puasa rasa nya..mimi tu
bawak fon pergi sekolah..yang si dia ni tak pergi sekolah katanya pergi sekolah
bukan buat apa pun dah abeh exam kan..dok rumah jep lah..dia kan pergi sekolah
bila ada game ping pong jep..dia ni minat ping pong AH tu..dia dapat no1 masok
bertanding..hebat tak dia..hehe..oke cerita sal mimi tu..dekat sekolah pun mimi
tu telefon mesej AH ni..kebetulan masa tu aku malas pergi sekolah..aku mesej2
lah dengan dia..dia pun cerita lah pasal mimi kat aku..
Aku tanya kat kawan
aku tu..mimi tu siapa sebenarnya..kawan aku cakap kawan dia..mana kawan aku
kenal aku lupa dah..1 hari tu kawan aku datang rumah nangis katanya sepupu dia
tuduh dia yang menyamar jadi mimi tu..erm..dalam ati aku memang ada fikir macam
tu..sejak dari mula lagi..tapi aku tak nak lah tuduh2 member sendiri kan..aku
biar jep dulu..aku tanya dia elok2..betul ke bukan ko yang menyamar ni..kawan
aku kata betul takan nak buat member sendiri katanya..sampai hati tuduh macam
tu kate dia..oke aku pun diam jep..lepas tu dalam diam kawan aku datang rumah
kawan aku cakap dia geram dengan mimi tu dia curi simkad mimi yang selalu mese
AH tu..mimi tu ada dua sim mxs dengan celcom..mimi sanggup beli no celcom sebab
nak kacau AH..dalam simkad tu memang ada mesej2 AH dengan mimi tu..aku baca
jep..nampak mimi tu yang lebih2..
Tapi..AH ni bukan
macam budak lelaki lain..melayan perempuan tak tentu pasal…dia tahu dia dah
suka kan seseorang tu..orang tu lah dia akan setia..dan cuba dapatkan hati
permpuan yang dia suka tu..itulah dia yang aku kenal..aku dapat tengok dari air
muka dia..tapi memang aku tak pandai kalau bab2 nak bercinta ni..dulu kalau aku
telefon dia mesti sepupu dia ada sekali..kiteorang sembang lah sama2..rindu
kenangan tu..da macam sahabat masa tu..bertiga sembang sama2..gelak sama2..tapi
semua tu dah tinggal kenangan je..sorang da meninggal kan bumi Allah..sorang da
pergi belaja..dapat kerja tak nak belajar da..aku..kat sini lah lagi..belajar
lagi..habiskan diploma dulu kot..ingat pesanan AH belajar rajin2..
Bila kami dah masuk
tingkatan 4..aku 1 kelas dengan sepupu dia kawan aku tu lah..duduk pun sebelah2
jep..sama2 pengawas pusat sumber..masa tu aku ada mesej dengan AH tu..sebelum
member2 aku ajak masuk teknik..kami isi lah orang sama2..last aku sorang je yang
hantar..sabar jep lah..AH ada cakap kat aku..jangan lah masuk sekolah
teknik…oke aku cakap kat dia aku isi jep nanti dapat aku taknak pergi.dia pun
oke jep lah..aku siap pesan dekat ibu aku lagi..kalau dapat teknik aku tanak
pergi..ibu cakap ikot lah kamu..aku pun da sedap hati dengar..
Masok jep tingkatan
4 aku mana bayar sekolah..masuk menumpang jep..buku pun aku tak ambil beli
banyak mana..sikit jep..masa tu AH selalu keluar malam..aku dah pesan kat dia
jangan selalu sangat keluar malam..tak elok..lepas tu 1 hari dia mengadu sakit
dekat aku..
Aku tanya lah kenapa
sakit apa semua..dia pun tak tahu macam mana..aku ingat kan tak serius
mana..aku suruh la dia rehat jaga diri dan macam2 lagi lah..konon aku ni nampak
macam bagi perhatan lah yea..hehe..tapi memang aku da sayag dia dah..kebetulan
masa aku pergi kenduri rumah pakcik aku..tiba kawan aku sepupu dia
telefon..kawan aku bagi tawu AH ni sakit teruk..aku tanya lah sakit apa..
Sepupu dia cakap
kena buatan orang..aka jadi terkedu jap..hati aku da mula risau dah masa
tu..aku bagi tahu dekat ibu..hmm..tapi apa boleh buat..aku tak mampu nak pergi
tengok dia..dia jauh dari aku..
Kat sekolah kawan2
aku tanya aku dapat masuk teknik ke tak..aku tak dapat lagi apa surat..hari tu
aku balek2 sekolah..ibu suruh aku tengok surat dalam bilik..aku pergi lah
tengok..rupa2 nya aku dapat tawaran masuk teknik..au tengok ibu macam suka je
aku dapat tawaran tu..
Tapi aku kan da
cakap kat ibu aku taknak masuk kalau dapat..ibu mesti lupakan..dapat kos
elektronik pulak tu..kalu bahagian binaan banggunan ke tak apa lah jugak
kan..aku minat jugak bahagian tu..
Bila aku bagi tahu
AH yang aku dapat masuk teknik..sedih aku denga suara dia..cakap jangan lah
pergi sekolah teknik..nanti tak dapat jumpa katanya..tapi kehendak ibu yang nak
aku masuk sekolah tu jugak..aku pun turut kan je..amu mintak maaf sangat kat dia..masa
aku da sampai sekolah tu…aku masuk asrama..fon mesti ta boleh bawakan..aku
pun..dengan hati yang tak berapa rela…telefon dia sebelum aku keluarga aku
balek..sedih dengar suara dia masa tu..erm..apa kan daya..
Masa mula sekolah
dulu aku kena demam sampai kurus da badan aku ni..yang dulu nya tembam,debab
huhu..pindah tempat baru demam mungkin sebab terpisah dengan keluarga..dengan
AH..dan lain2 lagi..
Sejak sekolah mula
bukak AH tak pergi sekolah sebab sakit..mimi tu pun aku tataw dia wujudlagi ke
tak masa tu..sebab aku dah malas amek tahu pasal mimi tu..
Yang aku risau
tentang AH yah sakit tak baik2 tu..aku hari2 telefon ibu..tapi aku tak berani
telefon AH tu.takut ganggu ke..pernah sekali aku cuba telefon dia..masa tu dia
tengah sakit la..tapi ayah dia yang angkat..tapi AH taknak cakap dengan aku..
Kawan aku datang
rumah aku masa aku balek bercuti dari teknik..masa tu AH sakit..kawan aku cakap
masa dia sakit ramai yang datang tengok dia..tapi aku ta datang pun..hmm..macam
mana nak datang aku sekola jauh pulak tu..kawan aku cakap masa AH sakit ade perempuan
datang tengok dia jagakan dia..selalu take care kat AH..kan ada duit yang boleh
buat love couple tu kan..kawan aku cakap AH simpan kenagan dia dengan perempuan
len..AH dah ada awek len dah sejak aku pergi teknik..AH ingatkan aku kat teknik
dah ada orang lain jugak..
Aku dengar je apa
yang kawan aku cerita..semua tentang AH tu aku cerita dekat ibu..ibu
kata..janganlah berebut pasal seorang lelaki..tak elok..kalau dah orang tanak
kawan dengan kita tu sudah lah..aku pun sabar jep la..aku pernah cakap kat
AH..kalau rasa nak pergi kat perempuan len pergi lah..
Masa tu aku dengan
AH dah macam couple lah jugak..ak tak pernah halang dia nak mesej dengan sape2
ke..sebab apa dia buat dia selalu cerita kdekat aku..tu yang buat aku percaya
dekat dia..walaupun kadang2 ada dia tipu ciket,,tapi dia ngaku..
Hmm..susah nak jumpa
orang macam dia dah bagi aku..entah ada ke tak lagi..yang aku jumpa setakat ni
semuanya dasat2 belaka..
Dalam hati aku AH
tak pernah hilang..dari mula kenal sampai lah dia dah tak ada sekarang..tak ada
sape yang bole gantikan tempat dia kea..hmm..
Kadang2 bila ada
seseorang yang datang nak gantikan tempat dia..aku selalu tengok langit atau
bintang..aku tahu AH mesti tengah tengo aku sekarang ni..aku tanya pada
AH..adakah orang yang ingin gantikan tempat AH ni betul atau pun tidak ikhlas
kat aku macam mana AH terima aku dulu..
Sampai macam tu
sekali aku kan..hmm..
Panjang betul aku
dah taip ni..
Tapelah stop setakat ni nanti aku taip lagi..
Jari ni kalau dapat
menaip maca ni lah jadi nya..
Selamat malam cinta
ku~