Monday, May 14, 2012

nak ke lelaki tahu?????????

Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihanya

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan
Minta dipujuk
Marah seorang perempuan
Perlu didekati
Sedih seorang perempuan
Perlu didengari
Gembira seorang perempuan
Ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu
Disebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk dimanjai
Bukan jua untuk ditatang
Bagai minyak yang penuh
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu
Terasa wujud
Walau disaat jauh

Kerana...andai lelaki tahu
Hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu dihati lelaki ?
Bila disaat jauh tanpa perkhabaran ?

Sayangilah seseorang itu
Atas dasar siapa dirinya sekarang
Bukan atas dasar siapa dirinya
sebelum ini
Cintailah seseorang itu kerana hatinya
Bukan paras rupa semata-mata....


No comments:

Post a Comment

,,


get this widget here

singgah larh cnie jap kalau tak keberatan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...