ISNIN
Wanita
ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak
mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan
wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha
kuat, teliti
dan
pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan,
jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan
kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara
lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat
wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun
pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan
seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi
mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan
rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan
mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal
kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada
tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam
banyak perkara.
RABU
Suka
berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat
lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati
dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
Berfikiran
terbuka,
tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya
tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan
pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan,
dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan
rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat
tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia
suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap
agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja,
bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada
kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu
sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu
sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang
kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah
lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh
terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita
yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka
berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya
dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan
sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.
Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila
dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat
cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun
dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah
berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,
suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan
sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah
suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan
lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita
yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap
bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka
mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak
telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan
rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
p/s:
Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai
kepercayaan 100%.



utk lelaki ?
ReplyDeletemugkin untuk perempuan je lu kowt..t kite cria n untk lelaki erk ^_^
ReplyDelete