Seorang isteri
mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu
la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”. Seorang isteri
mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah
tu…makan panadol…..penat sangat tuh”. Seorang isteri mengadu…..”bang
duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi
…takkan dah habis…pening la macam ni”. Seorang isteri mengadu…”bang saya
rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress
betul”. Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa
sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.
Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu
suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”. Seorang
isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang
bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun
penat juga”. Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana
diingini….. Namun suatu hari…. Si isteri merayu sambil
menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh
tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.
Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami
bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.
Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan
nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..
Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….
SAYANG….abang mintak maaf…. Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang
sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti
SAYANG di segenap nadi SAYANG…. Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak
pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….
Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap
abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening
memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak
cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai
SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….
Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan
berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung
beban tugas seharian SAYANG di rumah…. Bila SAYANG ajak abang pergi buat
check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah
habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan….. Bila
SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu
tanda-tanda SAYANG dah nak pergi….. Bila SAYANG mengadu nak cuti
sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah
hari…..kesian SAYANG …. SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak
semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan
itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak
SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit
biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang
mengadu macam tuh jer….. Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius
kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk
selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian
SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan
kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang
berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat…. Maafkan abang kerana
semuanya sudah terlambat……
Sunday, August 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment